Job Description (JD)
Nama Program | Kepustakawanan (Operasi) [R910-001-2:2017] |
---|---|
Kod CU | R910-001-2:2017-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Penyusunan Bahan Perpustakaan |
Penerangan CU | Penyusunan bahan perpustakaan merupakan aktiviti meletakkan bahan perpustakaan di atas rak dengan teratur. Bahan perpustakaan akan tersusun kemas bagi memudahkan pencarian bahan yang diperlukan, menjimatkan masa pencarian bahan dan memastikan ketersediaan bahan di rak. Individu yang berketerampilan di dalam CU ini mampu melaksanakan penyisihan bahan perpustakaan, penyusunan bahan baharu, penyusunan semula bahan, melaksanakan bacaan di rak dan anjakan bahan di rak mengikut Prosedur Penyusunan Bahan Perpustakaan. Hasilan daripada CU ini adalah untuk memastikan bahan perpustakaan diletakkan secara tegak lurus dan tulang buku dihadapkan ke depan sehingga nombor panggilan boleh dilihat. Disamping itu bahan perpustakaan akan tersusun rapi di atas rak mengikut turutan nombor panggilan berpandukan prinsip susunan skim pengkelasan yang digunapakai. |
Tempoh Latihan | 160 |
Objektif Pembelajaran | Hasil kompetensi ini adalah untuk mewujudkan susunan bahan perpustakaan yang kemas, teratur dan sistematik bagi memastikan ketersediaan bahan di rak supaya mudah di akses. Pada akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: - 1. Sisih bahan perpustakaan 2. Susun bahan baharu 3. Susun semula bahan 4. Laksana bacaan rak 5. Laksana anjakan bahan di rak |
Pra-Syarat | Tidak Berkaitan |