JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKepustakawanan (Operasi) [R910-001-2:2017]
Kod CUR910-001-2:2017-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPerolehan Monograf dan Buku
Penerangan CUPerolehan monograf dan bahan media adalah suatu aktiviti mengumpul monograf dan bahan media sama ada melalui pembelian, hadiah atau pertukaran. Pengoperasian ini merupakan proses awal dalam urusan pembangunan koleksi untuk pengguna perpustakaan. Proses perolehan tertakluk kepada pekeliling perbendaharaan.
Individu yang berketerampilan dalam CU ini mampu melaksanakan perolehan monograf dan bahan media melalui pembelian, hadiah dan pertukaran serta proses akhir perolehan mengikut prosedur perolehan bahan.
Hasilan daripada CU ini adalah untuk memastikan bahan yang diperolehi memenuhi kehendak pengguna, menepati tempoh masa yang ditetapkan, menjimat kos, serta menambah koleksi perpustakaan.
Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranHasil kompetensi ini adalah untuk memastikan urusan perolehan sama ada melalui pembelian, hadiah dan pertukaran dapat dilaksanakan dengan betul dan tepat mengikut dasar dan prosedur perolehan bahan perpustakaan.
Pada akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: -
1. Laksana perolehan monograf dan bahan media
2. Laksana perolehan bahan hadiah
3. Laksana perolehan pertukaran bahan
4. Lakukan proses akhir perolehan bahan
Pra-SyaratTidak Berkaitan