Job Description (JD)
Nama Program | Kepustakawanan (Operasi) [R910-001-2:2017] |
---|---|
Kod CU | R910-001-2:2017-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Pengkatalogan Awalan Bahan Perpustakaan |
Penerangan CU | Pengkatalogan awalan bahan perpustakaan adalah aktiviti menyalurkan bahan perpustakaan untuk pemprosesan dan pengkatalogan yang bersesuaian dan menyediakan rekod bahan baru untuk disempurnakan proses pengkatalogannya. Individu yang berketerampilan dalam CU ini mampu melaksanakan pra-pengkatalogan bahan baru, pengkatalogan tambahan (copy/volume addition), pengkatalogan edisi dan manifestasi lain, dan pemprosesan fizikal bahan. Hasilan daripada CU ini adalah untuk memastikan bahan baharu didokumentasi dengan mematuhi standard pengkatalogan dan amalan pemprosesan supaya pengguna dapat mengakses koleksi perpustakaan dan mencari, mengenal pasti, memilih dan mendapatkan bahan dengan mudah dan cepat. |
Tempoh Latihan | 220 |
Objektif Pembelajaran | Hasil kompetensi ini adalah untuk memastikan bahan baharu didokumentasi dengan mematuhi standard pengkatalogan dan amalan pemprosesan supaya pengguna dapat mengakses koleksi perpustakaan dan mencari, mengenal pasti, memilih dan mendapatkan bahan dengan mudah dan cepat. Pada akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: - 1. Laksana pra-pengkatalogan bahan baharu 2. Lakukan pengkatalogan tambahan (copy/volume addition) 3. Lakukan pengkatalogan edisi baharu dan manifestasi lain 4. Laksana pemprosesan fizikal akhir bahan |
Pra-Syarat | Tidak Berkaitan |