JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKepustakawanan (Operasi) [R910-001-2:2017]
Kod CUR910-001-2:2017-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPengendalian Program Galakan Membaca
Penerangan CUPengendalian Program Galakan Membaca adalah suatu aktiviti yang dilaksanakan bagi memaksimumkan penggunaan perpustakaan dalam menggalakkan budaya membaca melalui pelaksanaan pelbagai program/aktiviti galakan membaca.
Individu yang berketerampilan didalam CU ini mampu mengendalikan kempen keahlian perpustakaan, mengendalikan aktiviti galakan membaca, mengendalikan perkhidmatan pinjaman berkelompok, membantu penyediaan Program Galakan Membaca Tahunan dan mengendalikan perkhidmatan meja ke meja.
Hasilan daripada CU ini adalah untuk memastikan Program Galakan Membaca dilaksanakan secara terancang dan berterusan mengikut Prosedur Pelaksanaan Program Galakan Membaca.
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranHasil kompetensi ini adalah untuk memastikan Program Galakan Membaca dilaksanakan secara terancang dan berterusan mengikut Prosedur Pelaksanaan Program Galakan Membaca.
Pada akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: -
1. Kendali kempen keahlian
2. Kendali aktiviti galakan membaca
3. Kendali pinjaman berkelompok
4. Bantu penyediaan program Galakan Membaca Tahunan
5. Kendali perkhidmatan meja ke meja
Pra-SyaratTidak Berkaitan