JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKepustakawanan (Operasi) [R910-001-2:2017]
Kod CUR910-001-2:2017-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPenggunaan Kemudahan ICT
Penerangan CUPenggunaan kemudahan ICT adalah suatu aktiviti yang dilakukan bagi mendigitalkan bahan perpustakaan termasuk tugas mengimbas dan input metadata bahan perpustakaan, memeriksa kebolehgunaan peralatan ICT serta melaksanakan urusan pentadbiran dan rekod Bahagian ICT.
Individu yang berketerampilan di dalam CU ini mampu melaksanakan proses pengimbasan bahan perpustakaan, input metadata bahan perpustakaan, periksa kebolehgunaan peralatan ICT dan urustadbir rekod Bahagian ICT.
Penghasilan daripada CU ini bertujuan untuk memastikan segala penggunaan peralatan ICT dapat dilaksanakan bagi membantu dalam aspek penjimatan kos, masa dan aktiviti serta perkhidmatan dapat dilakukan dengan lebih sistematik mengikut mengikut prosedur yang ditetapkan.
Tempoh Latihan100
Objektif PembelajaranHasil kompetensi ini adalah untuk memastikan segala tugasan imbasan dan indeksan bahan perpustakaan dilakukan dengan tepat serta urusan pentadbiran ICT dapat dilaksanakan dengan teratur mengikut prosedur yang ditetapkan.
Pada akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: -
1. Laksana proses pengimbasan bahan perpustakaan
2. Input metadata bahan perpustakaan
3. Periksa kebolehgunaan peralatan ICT
4. Urus tadbir rekod bahagian ICT
Pra-SyaratTidak Berkaitan