JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Keselamatan Pengangkutan Jalan [H492-001-3:2017]
Kod CUH492-001-3:2017-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPEMATUHAN UNDANG-UNDANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Penerangan CUPematuhan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan menerangkan kompetensi di dalam menjalankan cara-cara yang wajar dan berkesan untuk mengurus isu-isu berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan memastikan orang lain yang bukan pekerjanya tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan disebabkan oleh aktiviti yang dijalankan seperti yang terdapat di bawah Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994 (Akta 514).

Individu berkompeten dalam CU ini akan boleh pastikan majikan sediakan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, periksa tempat kerja industri, siasat kemalangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, analisis statistik kemalangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, laksanakan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan bersama majikan dan kemaskini pematuhan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Hasil daripada CU ini akan melahirkan individu yang berkompeten bagi memastikan majikan mematuhi keperluan perundangan dan dapat mengurangkan kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan.
Tempoh Latihan170
Objektif PembelajaranIndividu yang kompeten dalam CU ini akan boleh dapat memastikan majikan mematuhi keperluan perundangan dan dapat mengurangkan kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan. Di dalam menyiapkan unit kompetensi ini, pelatih-pelatih akan boleh :-
• Pastikan majikan sediakan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan,
• Periksa tempat kerja industri
• Siasat kemalangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
• Analisis statistik kemalangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
• Laksanakan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan bersama majikan
• Kemaskini pematuhan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Pra-Syarat0