JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Keselamatan Pengangkutan Jalan [H492-001-3:2017]
Kod CUH492-001-3:2017-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPEMATUHAN UNDANG-UNDANG KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN DALAM INDUSTRI PENGANGKUTAN
Penerangan CUPematuhan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam industri pengangkutan menerangkan kompetensi di dalam memastikan majikan dan pekerja menjalankan cara-cara yang wajar dan berkesan untuk mengurus isu-isu berkaitan keselamatan dan kesihatan dalam industri pengangkutan dan memastikan orang lain yang bukan pekerjanya tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan disebabkan oleh aktiviti dlam industri pengangkutan yang dijalankan seperti yang terdapat di bawah Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994 (Akta 514).

Individu berkompeten dalam CU ini akan boleh pastikan majikan sediakan dasar keselamatan dan kesihatan pengangkutan jalan, periksa proses dan cara kerja industri pengangkutan, periksa jentera industri pengangkutan, periksa perkakasan industri pengangkutan, periksa peralatan industri pengangkutan, laksanakan pematuhan undang-undang lain berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan laksanakan fungsi pegawai

Hasil daripada CU ini akan melahirkan individu yang berkompeten dalam menjalankan aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam industri pengangkutan bagi memastikan majikan mematuhi keperluan perundangan dan dapat mengurangkan risiko kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan.
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranIndividu yang kompeten dalam CU ini akan boleh menjalankan aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam industri pengangkutan bagi memastikan majikan mematuhi keperluan perundangan dan dapat mengurangkan risiko kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan. Di dalam menyiapkan unit kompetensi ini, pelatih-pelatih akan boleh:
• Pastikan majikan sediakan dasar Keselamatan Pengangkutan Jalan (KPJ)
• Periksa proses dan cara kerja industri pengangkutan
• Periksa jentera industri pengangkutan
• Periksa perkakasan industri pengangkutan
• Periksa peralatan industri pengangkutan majikan
• Kemaskini pematuhan undang-undang lain
Pra-Syarat0