JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Keselamatan Pengangkutan Jalan [H492-001-3:2017]
Kod CUH492-001-3:2017-C08
CompetencyCore
Tajuk CUPEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN TRAFIK JALAN RAYA (SPKTJR)
Penerangan CUPemantauan Sistem Pengurusan Keselamatan Trafik Jalan Raya menerangkan kompetensi di dalam menghasilkan pematuhan kepada keselamatan trafik sepertimana ISO 390001:2012.


Individu yang berkompeten dalam CU ini akan boleh pantau pelaksanaan dasar keselamatan trafik jalan raya, sediakan perancangan Sistem Pengurusan Keselamatan Jalan Raya bersama majikan, pantau pelaksanaan dan operasi Sistem Pengurusan Keselamatan Jalan Raya, periksa pengukuran pencapaian Sistem Pengurusan Keselamatan Jalan Raya dan pantau tindakan pencegahan dan penambahbaikan Sistem Pengurusan Keselamatan Trafik Jalan Raya.


Hasil dari CU ini akan melahirkan individu yang berkompeten dalam pematuhan SPKTJR serta memastikan perlaksanaannya dikemaskini, dihebahkan dan dipraktikkan oleh pekerja dan pemandu yang terlibat didalam aktiviti tersebut.
Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranIndividu yang kompeten dalam CU ini akan boleh memastikan pematuhan SPKTJR dilaksanakan, kemaskinikan, dihebahkan dan dipraktikkan oleh pekerja dan pemandu yang terlibat didalam aktiviti tersebut. Di dalam menyiapkan unit kompetensi ini, pelatih-pelatih akan boleh:

• Pantau Pelaksanaan Dasar Keselamatan Trafik Jalan Raya
• Sediakan Perancangan SPKTJR Bersama Majikan
• Pantau Pelaksanaan dan Operasi SPKTJR
• Periksa Pengukuran Pencapaian SPKTJR
• Pantau tindakan pencegahan dan penambahbaikan SPKTJR
Pra-Syarat0