Job Description (JD)
Nama Program | Pengkaryaan Seni Khat [R900-005-2:2019] |
---|---|
Kod CU | R900-005-2:2019-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENYEDIAAN PERALATAN DAN MEDIA SENI KHAT TRADISIONAL DAN MODEN |
Penerangan CU | Penyediaan Peralatan dan Media Seni Khat Tradisional dan Moden menerangkan kompetensi untuk menyedia dan mengurus peralatan dan media tradisional dan moden bagi penulisan karya Seni Khat seperti qalam (contoh peralatan khat tradisional: pensel tunggal dan pensel tukang kayu, yang dibuat daripada buluh, handam atau resam dan duri landak dan pen khat (contoh peralatan khat moden: fountain pen, calligraphy pen dan marker pen) dan yang diisi dengan dakwat berwarna bagi menonjolkan tulisan pada karya Seni Khat seterusnya memberikan kesan yang dinamik. Pelbagai media seperti kertas tebal, licin dan memudahkan pengeringan dakwat, kertas kulit, papirus, dan lain-lain media seperti syiling dinar dan duit mas lain digunakan sebagai media bagi menulis dan mempersembahkan karya tulisan khat yang dipetik dari teks dan ayat-ayat al-Quran, lalu menghasilkan sebuah karya atau produk Seni Khat yang luar biasa. Sebelum penulisan Seni Khat dimulakan, persiapan semua peralatan yang lengkap terdiri daripada alat tulis, kertas media yang akan digunakan serta dakwat atau tinta adalah penting dan diperlukan. Suatu karya yang baik dapat dihasilkan daripada peralatan yang berkualiti. Oleh itu pemilihan dan penyediaan alat penulisan dan media persembahan mestilah dititikberatkan. Personal yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk buat peralatan penulisan Seni Khat tradisional, periksa kondisi peralatan dan media Seni Khat tradisional dan moden, simpan peralatan, media dan sumber teks karya Seni Khat tradisional dan moden, selenggara peralatan dan media Seni Khat tradisional dan moden serta kemaskini rekod inventori peralatan dan media Seni Khat tradisional dan moden. Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan membuat dan menyediakan peralatan dan media khat yang lengkap dan berkualiti bagi menghasilkan bentuk tulisan khat yang cantik, sempurna dan mempunyai nilai estetika yang tinggi mengikut peraturan dan standard prosedur kerja yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan membuat dan menyediakan peralatan dan media khat yang lengkap dan berkualiti bagi menghasilkan bentuk tulisan khat yang cantik, sempurna dan mempunyai nilai estetika yang tinggi mengikut peraturan dan standard prosedur kerja yang ditetapkan. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Buat peralatan penulisan Seni Khat tradisional. 2. Periksa kondisi peralatan dan media Seni Khat tradisional dan moden sedia ada. 3. Simpan peralatan, media dan sumber teks karya Seni Khat tradisional dan moden. 4. Selenggara peralatan dan media Seni Khat tradisional dan moden. 5. Kemaskini rekod inventori peralatan dan media Seni Khat tradisional dan moden. |
Pra-Syarat | Tiada |