Job Description (JD)
Nama Program | Pengkaryaan Seni Khat [R900-005-2:2019] |
---|---|
Kod CU | R900-005-2:2019-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENULISAN KARYA SENI KHAT RIQ’AH |
Penerangan CU | Penulisan Karya Seni Khat Riq’ah menerangkan kompetensi untuk menulis khat Riq’ah yang menggunakan sumber asal daripada teks dan ayat-ayat al-Quran, al-Hadith, syair Arab dan lain-lain. Khat Riq’ah ditulis dengan cepat kerana tidak memiliki struktur yang rumit. Khat Riq’ah mengambil bentuk kaku dari tulisan khat Kufi dan mengambil bentuk melingkar dari khat Nasakh. Khat Riq’ah ditulis dalam bentuk huruf yang lebih kecil, tegak, mudah ditulis serta tidak memerlukan banyak rung untuk lekukan-lekukan pada hujung hurufnya jika dibandingkan dengan khat Nasakh. Khat jenis Riq’ah digunakan khusus untuk catatan tangan atau tulisan (imlak) dan penyeragaman tulisan dalam urusan seharian seperti surat-menyurat, urusan bisnis dan perdagangan, majalah, surat khabar, pengiklanan serta promosi produk dan barangan. Penulisan khat Riq’ah yang menggunakan sumber asal teks dan ayat al-Quran terlindung di bawah akta percetakan teks al-Quran sebagai ‘bahan al-Quran terkawal’. Penulisan Seni Khat teks dan ayat al-Quran yang tidak mematuhi garis panduan adalah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan. Personal yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk sediakan keperluan arahan kerja penulisan karya Seni Khat Riq’ah, tekap teks tulisan asal khat Riq’ah, lakar teks tulisan khat Riq’ah, buat tulisan jadi karya khat Riq’ah, tartish tulisan jadi khat Riq’ah dan susun karya Seni Khat Riq’ah. Hasrat dan hasil yang dicapai melalui unit kompetensi ini adalah keupayaan menghasilkan karya atau produk Seni Khat Riq’ah yang berkualiti yang ditulis dengan keindahan ciri-ciri bentuk huruf dan tulisan mengikut kaedah penulisan yang tepat. |
Tempoh Latihan | 170 |
Objektif Pembelajaran | Hasrat dan hasil yang dicapai melalui unit kompetensi ini adalah keupayaan menghasilkan karya atau produk Seni Khat Riq’ah yang berkualiti yang ditulis dengan keindahan ciri-ciri bentuk huruf dan tulisan mengikut kaedah penulisan yang tepat. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Sedia keperluan arahan kerja penulisan karya Seni Khat Riq’ah. 2. Tekap teks tulisan asal khat Riq’ah. 3. Lakar teks tulisan khat Riq’ah. 4. Buat tulisan jadi karya khat Riq’ah. 5. Tartish tulisan jadi khat Riq’ah. 6. Susun karya Seni Khat Riq’ah. |
Pra-Syarat | Tiada |