JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengkaryaan Seni Khat [R900-005-2:2019]
Kod CUR900-005-2:2019-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENULISAN KARYA SENI KHAT NASAKH
Penerangan CUPenulisan Karya Seni Khat Nasakh menerangkan kompetensi untuk menulis dan mengajar khat yang mempunyai bentuk yang cantik, senang ditulis dan mudah dibaca seperti teks
al-Quran, buku, majalah, akhbar dan sebagainya yang sering menjadi bacaan orang awam.

Tulisan Khat Nasakh menjadi tulisan utama al-Quran dan tulisan-tulisan khat dalam akhbar, majalah, komputer dan lain-lain. Pada dasarnya, khat ini lebih mudah dan senang diajarkan kepada orang ramai, pelajar sekolah dan kanak-kanak sebagai asas untuk menulis khat atau Jawi.

Kebanyakan mesin menaip, komputer dan mesin cetak menggunakan fon jenis khat Nasakh disebabkan sifatnya yang cantik dan mudah dibaca. Khat Nasakh amat praktikal digunakan untuk penyalinan mushaf al-Quran, al-Hadith, kitab-kitab, akhbar, majalah, dan lain-lain lagi. Kebiasaannya khat Nasakh ditulis dengan saiz yang kecil dan tidak terlalu besar dengan kadar 1 mm saiz pena.

Seperti khat Riq’ah, penjagaan ayat suci al-Quran di dalam kerja-kerja penulisan, pengendalian, penghasilan dan pelupusan bahan sumber karya Seni Khat Nasakh dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan
di bawah akta percetakan teks
al-Quran (APTQ) ‘bahan
al-Quran’ yang dikawal. Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya berlaku kesilapan dalam Seni Khat teks dan ayat-ayat al-Quran yang dijadikan karya atau tidak mematuhi garis panduan APTQ.


Personal yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk terima arahan kerja penulisan karya Seni Khat, tekap tulisan asal khat Nasakh, lakar teks tulisan khat Nasakh, buat tulisan jadi karya khat Nasakh, tartish tulisan jadi khat Nasakh dan susun karya khat Nasakh.

Hasrat dan hasil yang dicapai melalui unit kompetensi ini adalah keupayaan menghasilkan penulisan karya atau produk Seni Khat Nasakh ringkas, mudah dan berkualiti dengan keindahan bentuk huruf dan tulisan serta mempunyai nilai estetika yang bermutu mengikut ciri-ciri penulisan karya Seni Khat Nasakh yang ditetapkan.
Tempoh Latihan200
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah keupayaan menghasilkan penulisan karya atau produk Seni Khat Nasakh ringkas, mudah dan berkualiti dengan keindahan bentuk huruf dan tulisan serta mempunyai nilai estetika yang bermutu mengikut ciri-ciri penulisan karya Seni Khat Nasakh yang ditetapkan.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Terima arahan kerja penulisan karya Seni Khat Nasakh.
2. Tekap tulisan asal khat Nasakh.
3. Lakar teks tulisan khat Nasakh.
4. Buat tulisan jadi karya khat Nasakh.
5. Tartish tulisan jadi khat Nasakh.
6. Susun karya khat Nasakh.
Pra-SyaratTiada