JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengkaryaan Seni Khat [R900-005-2:2019]
Kod CUR900-005-2:2019-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENULISAN KARYA SENI KHAT THULUTH
Penerangan CUPenulisan karya Seni Khat Thuluth menerangkan kompetensi untuk menulis khat Thuluth (Jali dan ‘Aadi) dari teks dan ayat-ayat
al-Quran, al-Hadith, syair Arab dan lain-lain. Karya atau paroduk Seni Khat Thuluth bersifat monumental banyak dijadikan dekorasi bangunan, kubah masjid, hiasan dalaman masjid (contoh: masjid Negara), nama surah dan hiasan kulit buku.

Seni Khat Thuluth mempunyai ciri-ciri penting seperti mempunyai banyak hiasan yang padat dan hurufnya lebih besar daripada khat Nasakh. Khat Thuluth yang dibentuk menggunakan kelebaran mata pena melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali, manakala kelebaran mata kurang daripada pena 3mm dipanggil Thuluth ‘Aadi. Khat ini ditulis dengan pena yang lebar matanya di antara 2 hingga 3 mm.
Seni khat Thuluth dilindungi sebagai ‘bahan al-Quran’ terkawal di bawah Akta Percetakan Teks al-Quran 326, 1986 di mana kesilapan dalam penulisan teks ayat-ayat al-Quran yang dijadikan karya Seni Khat dan proses kerja yang tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan adalah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan.

Personal yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk tentukan arahan kerja penulisan karya khat Thuluth, lakar struktur huruf, susun bentuk huruf teks ayat tulisan khat Thuluth, buat tulisan jadi karya khat Thuluth, tartish tulisan jadi khat Thuluth, dan susun karya khat Thuluth.

Hasrat dan hasil yang dicapai melalui unit kompetensi ini adalah keupayaan penulisan karya atau produk Seni Khat Thuluth yang berkualiti dengan unsur keindahan dan gerakan yang tersusun serta mempunyai nilai estetika yang bermutu tinggi mengikut ciri dan kaedah penulisan karya Seni Khat Thuluth yang ditetapkan.
Tempoh Latihan210
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah keupayaan menghasilkan penulisan karya atau produk Seni Khat Thuluth yang berkualiti dengan unsur keindahan dan gerakan yang tersusun serta mempunyai nilai estetika yang bermutu tinggi mengikut ciri dan kaedah penulisan karya Seni Khat yang ditetapkan.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Tentukan arahan kerja penulisan karya Seni Khat Thuluth.
2. Lakar struktur huruf khat Thuluth.
3. Susun bentuk huruf teks ayat tulisan khat Thuluth.
4. Buat tulisan jadi karya khat Thuluth.
5. Tartish tulisan jadi khat Thuluth.
6. Susun karya khat Thuluth.
Pra-SyaratTiada