Job Description (JD)
Nama Program | Pengkaryaan Seni Khat [R900-005-2:2019] |
---|---|
Kod CU | R900-005-2:2019-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGIKLANAN PRODUK SENI KHAT TRADISIONAL DAN ELEKTRONIK |
Penerangan CU | Pengiklanan Produk Seni Khat Tradisional dan Elektronik menerangkan kompetensi untuk berkomunikasi tentang pemasaran yang dirancang, memperkenal dan memujuk pelanggan tentang karya dan produk Seni Khat, memberikan perkhidmatan, menawarkan peluang-peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat berkaitan kepada yang ingin disampaikan. Sejarah dan perkembangan pengiklanan produk Seni Khat berkait rapat dengan sejarah dan perkembangan media massa seperti media cetak, media elektronik dan media persekitaran. Pemasaran produk Seni Khat merupakan sebahagian daripada keseluruhan strategi promosi yang memberikan liputan yang baik, penerimaan yang meluas, kos yang rendah dan menarik perhatian. Personal yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk lakukan promosi produk tempahan khusus dan (customised product) dan produk siap sedia (ready made product), lakukan promosi jualan tradisional dan elektronik, terima pesanan pembelian secara tradisional elektronik (e-dagang), dan lengkapkan senarai semak transaksi jual beli. Hasrat dan hasil yang dicapai melalui unit kompetensi ini adalah keupayaan menerapkan trend dan cara pengiklanan terkini mengikut ketetapan komersial dan mempengaruhi pelanggan dengan berkesan untuk mencapai objektif perniagaan mengikut standard prosedur kerja pengiklanan serta peraturan komunikasi dan multimedia Malaysia. |
Tempoh Latihan | 150 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan menerapkan trend dan cara pengiklanan terkini mengikut ketetapan komersial yang mempengaruhi pelanggan dengan berkesan untuk mencapai objektif perniagaan mengikut standard prosedur kerja pengiklanan serta peraturan komunikasi dan multimedia Malaysia. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Lakukan promosi produk tempahan khusus (customised product) dan produk siap sedia (ready made product). 2. Lakukan promosi jualan tradisional dan elektronik. 3. Terima pesanan pembelian tradisional dan elektronik (e-dagang). 4. Lengkapkan senarai semak transaksi jual beli. |
Pra-Syarat | Tiada |