JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengkaryaan Seni Khat [R900-005-2:2019]
Kod CUR900-005-2:2019-C07
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEDIAAN PROGRAM LATIHAN SENI KHAT
Penerangan CUPenyediaan Program Latihan Seni Khat menerangkan kompetensi menyedia dan mengurus pelbagai keperluan program latihan Seni Khat serta latihan keusahawanan dan latihan profesional Seni Khat.

Program latihan Seni Khat bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan pelbagai jenis tulisan khat dalam berbagai media serta pendedahan tentang kepentingan tulisan Jawi dalam tulisan Seni Khat serta kaitannya dengan al-Quran, tamadun Islam, dan kemajuan bangsa Melayu. Di samping itu, program latihan Seni Khat juga berperanan untuk berdakwah tentang perkembangan syiar Islam. Ukuran keberkesanan sesuatu program latihan ditentukan merujuk kepada prestasi kerja penyediaan keperluan program latihan yang dicapai.

Personal yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk sediakan keperluan program latihan dan peralatan, cetak buku program latihan, cetak nota modul program latihan, lakukan proses pendaftaran peserta latihan dan bantu tunjuk cara menulis khat Riq’ah, Nasakh dan Thuluth.

Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan melaksanakan program latihan Seni Khat dengan lancar dan baik sehingga program dapat mencapai objektif memperlihatkan reaksi positif pelatih, peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran, perubahan kelakuan kepada yang lebih baik serta menghasilkan peningkatan prestasi kemahiran s
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah keupayaan melaksanakan program latihan Seni Khat dengan lancar dan baik sehingga program dapat memperlihatkan reaksi positif pelatih, peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran, perubahan kelakuan kepada yang lebih baik serta menghasilkan peningkatan prestasi kemahiran selaras dengan prosedur kerja yang ditetapkan.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Sediakan keperluan program latihan dan peralatan.
2. Cetak buku program latihan.
3. Cetak nota modul program latihan.
4. Lakukan proses pendaftaran peserta.
5. Bimbing cara menulis khat Riq’ah, Nasakh dan Thuluth.
Pra-SyaratTiada