JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenyeliaan Pengkaryaan Seni Khat [R900-005-3:2019]
Kod CUR900-3:2018-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELIAAN PERALATAN DAN MEDIA SENI KHAT TRADISIONAL DAN MODEN
Penerangan CUPenyeliaan Peralatan dan Media Seni Khat Tradisional dan Moden menerangkan kompetensi meningkatkan keberkesanan proses kerja menyedia dan mengurus peralatan dan media tradisional dan moden bagi penulisan dan penghasilan karya Seni Khat yang efisien dan dinamik.

Personal yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk periksa peralatan asas tradisional dan moden untuk penghasilan karya Seni Khat, selia proses kerja penyimpanan peralatan dan media Seni Khat, pantau kerja penyelenggaraan peralatan, sumber asas dan media Seni Khat, semak buku rekod inventori peralatan dan media Seni Khat.

Hasrat dan hasil yang dicapai melalui unit kompetensi ini adalah keupayaan mengurus dan menyelia keperluan proses kerja serta pematuhan pelaksanaan kerja mengikut peraturan dan prosedur yang jelas dan betul, efisien dan menjimatkan kos serta pewujudan tempat kerja dan persekitaran yang kondusif dan selamat mengikut standard prosedur kerja kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan.
Tempoh Latihan110
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah keupayaan mengurus dan menyelia keperluan proses kerja serta pematuhan pelaksanaankerja mengikut peraturan dan prosedur yang jelas dan betul, efisien dan menjimatkan kos serta pewujudan tempat kerja dan persekitaran yang kondusif dan selamat mengikut standard prosedur kerja kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Periksa peralatan asas tradisional dan moden untuk penghasilan karya Seni Khat.
2. Selia proses kerja penyimpanan peralatan dan media Seni Khat tradisional dan moden.
3. Pantau kerja penyelenggaraan peralatan, sumber asas dan media Seni Khat.
4. Semak buku rekod inventori peralatan dan mediaSeni Khat.
Pra-SyaratMempunyai sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang Pengkaryaan Seni Khat Tahap 2 atau Sijil/Diploma dalam bidang Seni Visual atau bidang lain yang berkaitan. Calon perlu mempunyai asas yang baik dalam penulisan Jawi serta pembacaan dan pemahaman al-Quran.