Job Description (JD)
Nama Program | Penyeliaan Pengkaryaan Seni Khat [R900-005-3:2019] |
---|---|
Kod CU | R900-3:2018-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGHASILAN KARYA SENI KHAT RIQ’AH DAN DIWANI |
Penerangan CU | Penghasilan Karya Seni Khat Riq’ah dan Diwani menerangkan kompetensi untuk menghasilkan karya Seni Khat yang menarik, unik, berkualiti dan mempunyai kecantikan dan keharmonian sesuai dengan kegunaannya. Unit ini juga menerangkan kompetensi untuk mengawal proses kerja penghasilan karya dari aspek jenis tulisan, bentuk dan gaya serta tarkib huruf dan teknik sambungan yang menggunakan sumber teks dan ayat al-Quran dalam karya-karya yang dihasilkan. Penguasaan ilmu dan kemahiran unit kompetensi ini penting untuk meningkatkan produktiviti kerja dan mengelakkan kesilapan dalam penulisan teks dan ayat karya yang dihasilkan serta menjaga imej dan integriti organisasi atau syarikat. Personal yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk mengenal pasti ciri-ciri karya Seni Khat Riq’ah dan Diwani, menentukan kriteria tulisan khat Riq’ah dan Diwani, menyediakan arahan kerja penghasilan karya, memantau kualiti hasil karya dan mengeluarkan perakuan pemilikan dan ketulenan produk. Hasrat dan hasil yang dicapai melalui unit kompetensi ini adalah keupayaan menghasilkan karya Seni Khat Riq’ah dan Diwani yang bermutu serta mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran tempatan dan luar negara |
Tempoh Latihan | 170 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensiini adalah keupayaan untuk menghasilkan karya Seni Khat Riq’ah dan Diwani yang bermutu serta mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran tempatan dan luar negara mengikut keperluan karya dan standard prosedur kerja yang ditetapkan. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Kenalpasti ciri-ciri karya Seni Khat Riq’ah dan Diwani. 2. Tentukan kriteria tulisan khat Riq’ah dan Diwani. 3. Sediakan arahan kerja penghasilan karya Seni Khat Riq’ah dan Diwani. 4. Pantau kualiti hasil karya Seni Khat. 5. Keluarkan perakuan ketulenan dan pemilikan karya. |
Pra-Syarat | Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang Pengkaryaan Seni Khat Tahap 2 atau Sijil/Diploma dalam bidang Seni Visual atau bidang lain yang berkaitan. Calon perlu mempunyai asas yang baik dalam penulisan Jawi serta pembacaan dan pemahaman al-Quran. |