JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenyeliaan Pengkaryaan Seni Khat [R900-005-3:2019]
Kod CUR900-3:2018-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENGHASILAN KARYA SENI KHAT NASAKH DAN THULUTH
Penerangan CUPenghasilan Karya Seni Khat Nasakh, dan Thuluth menerangkan kompetensi untuk menghasilkan karya Seni Khat yang menarik, unik, berkualiti dan mempunyai nilai estetika yang tinggi sesuai dengan kegunaannya. Unit ini juga menerangkan kompetensi untuk mengawal proses kerja penghasilan karya dari aspek jenis tulisan, bentuk dan gaya serta tarkib huruf dan teknik sambungan yang menggunakan sumber teks dan ayat al-Quran dalam karya-karya yang dihasilkan.


Penguasaan ilmu dan kemahiran unit kompetensi ini penting untuk meningkatkan produktiviti kerja dan mengelakkan kesilapan dalam penulisan teks dan ayat karya yang dihasilkan serta menjaga imej dan integriti organisasi atau syarikat.

Personal yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk kaji komponen karya Seni Khat Nasakh dan Thuluth, tentukan kriteria jenis tulisan khat Nasakh dan Thuluth, sediakan arahan kerja penghasilan Seni Khat Nasakh dan Thuluth, selia kualiti hasil karya Seni Khat, dan keluarkan perakuan ketulenan dan pemilikan karya dan produk.


Hasrat dan hasil yang dicapai melalui unit kompetensi ini adalah keupayaan menghasilkan karya Seni Khat Nasakh dan Thuluth yang bermutu mengikut peraturan dan standard prosedur kerja yang ditetapkan, serta mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran tempatan dan luar negara.
Tempoh Latihan220
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensiini adalah keupayaan menghasilkan karya Seni KhatNasakh dan Thuluthyang bermutu mengikut peraturan dan standard prosedur kerja yang ditetapkan, serta mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran tempatan dan luar negara.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
5. Kaji komponen karya Seni Khat Nasakh dan Thuluth.
6. Tentukan kriteria jenis tulisan khat Nasakh danThuluth.
7. Sediakan arahan kerja penghasilan karya Seni Khat Nasakh dan Thuluth.
8. Selia kualiti hasil karya Seni Khat.
9. Keluarkan perakuan ketulenan dan pemilikan produk.
Pra-SyaratMempunyai sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang Pengkaryaan Seni Khat Tahap 2 atau Sijil/Diploma dalam bidang Seni Visual atau bidang lain yang berkaitan. Calon perlu mempunyai asas yang baik dalam penulisan Jawi serta pembacaan dan pemahaman al-Quran.