JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenyeliaan Pengkaryaan Seni Khat [R900-005-3:2019]
Kod CUR900-3:2018-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGHASILAN KARYA SENI KHAT KUFI DAN NASTA’LIQ
Penerangan CUPenghasilan Karya Seni Khat Kufi dan Nasta’liq menerangkan kompetensi untuk menghasilkan karya Seni Khat yang cantik, unik, berkualiti dengan nilai estetika yang tinggi sesuai dengan tujuan karya dihasilkan.

Unit ini juga menerangkan kompetensi untuk mengawal proses kerja penghasilan karya Seni Khat Kufi dan Nasta’liq dari aspek pembentukan tulisan, gaya, tarkib huruf dan teknik sambungan tulisan khat Kufidan Nasta’liq dari sumber teks dan ayat al-Quran dalam karya-karya yang dihasilkan.


Penguasaan ilmu dan kemahiran unit kompetensi ini penting untuk meningkatkan produktiviti kerja penghasilan karya, mengelakkan kesilapan dalam penulisan teks dan ayat dalam karya yang dihasilkan serta menjaga imej dan integriti organisasi atau syarikat.
Personal yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk kaji komponen karya khat Kufi dan Nasta’liq, tentukan kriteria tulisan, sediakan spesifikasi kerja penghasilan karya, selia kualiti hasil karya, dan keluarkan perakuan pemilikan dan ketulenan.


Hasrat dan hasil yang dicapai melalui unit kompetensi ini adalah keupayaan menghasilkan karya Seni Khat yang bermutu serta mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran tempatan dan luar negara mengikut keperluan karya dan standard prosedur kerja yang ditetapkan.

Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensiini adalah keupayaan menghasilkan karya Seni Khat yang bermutu serta mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran tempatan dan luar negara mengikut keperluan karya dan standard prosedur kerja yang ditetapkan.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kaji komponen karya Seni Khat Kufi dan Nasta’liq.
2. Tentukan kriteria jenis tulisan khat Kufi dan Nasta’liq.
3. Sediakan spesifikasi kerja penghasilan karya Seni Khat Kufi dan Nasta’liq.
4. Selia kualiti hasil karya Seni Khat.
5. Keluarkan perakuan ketulenan dan pemilikan produk.
Pra-SyaratMempunyai sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang Pengkaryaan Seni Khat Tahap 2 atau Sijil/Diploma dalam bidang Seni Visual atau bidang lain yang berkaitan. Calon perlu mempunyai asas yang baik dalam penulisan Jawi serta pembacaan dan pemahaman al-Quran.