JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenyeliaan Pengkaryaan Seni Khat [R900-005-3:2019]
Kod CUR900-3:2018-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBENTUKAN SENI ZUKHRUF TRADISIONAL DAN MODEN
Penerangan CUPembentukan Seni Zukhruf Tradisional dan Moden menerangkan kompetensi untuk mereka bentuk pelbagai jenis motif zukhruf (ragam hias) seperti corak bunga, arabes dan geometri dalam bentuk 2D seperti kitab
al-Quran seni mushaf untuk mencantikkan hasil karya Seni Khat dan meningkatkan nilai pemasaran.

Bagi penggiat dan peminat Seni Khat, penghasilan bentuk zukhruf yang unik dan cantik memberikan satu kepuasan dan kemewahan apabila dimiliki. Karya Seni Khat yang dihasilkan dengan zukhruf yang unik dan halus membuktikan ketinggian nilai estetikanya. Penguasaan kemahiran unit kompetensi ini dapat menjaga, memelihara dan menanam rasa kecintaan dalam kalangan generasi muda terhadap Seni Khat tempatan dan Seni Khat antarabangsa.

Personal yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk kaji zukhruf corak Arabes, bunga dan geometri, tentukan media zukhruf tradisional dan kontemporari, reka grafik zukhruf seni mushaf dan seni konvensional ukiran dan arca 2D dan hasilkan zukhruf tradisional dan moden.

Hasrat dan hasil yang dicapai melalui unit kompetensi ini adalah keupayaan menentukan kesesuaian jenis dan kaedah penggunaan media zukhruf, mereka bentuk grafik zukhruf seterusnya menghasilkan zukhruf untuk melengkapkan kesempurnaan karya Seni Khat yang dihasilkan mengikut standard prosedur kerja tertentu dan keperluan pelanggan.



Tempoh Latihan220
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensiini adalah keupayaan menentukan kesesuaian jenis dan kaedah penggunaan media zukhruf, mereka bentuk grafik zukhruf seterusnya menghasilkan zukhruf untuk melengkapkan kesempurnaan karya Seni Khat yang dihasilkan mengikut standard prosedur kerja tertentu dan keperluan pelanggan.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kaji zukhruf corak Arabes, bunga dan geometri.
2. Tentukan media zukhruf tradisional dan kontemporari.
3. Reka grafik zukhruf Islami 2D.
4. Hasilkan zukhruf tradisional dan moden.
Pra-SyaratMempunyai sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang Pengkaryaan Seni Khat Tahap 2 atau Sijil/Diploma dalam bidang Seni Visual atau bidang lain yang berkaitan. Calon perlu mempunyai asas yang baik dalam penulisan Jawi serta pembacaan dan pemahaman al-Quran.