Job Description (JD)
Nama Program | Penyeliaan Pengkaryaan Seni Khat [R900-005-3:2019] |
---|---|
Kod CU | R900-3:2018-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMASARAN PRODUK SENI KHAT |
Penerangan CU | Pemasaran Produk Seni Khat menerangkan kompetensi mengurus pasaran untuk mewujudkan nilai pertukaran dan perhubungan bagi memenuhi keperluan serta kehendak. Konsep pemasaran produk dibangunkan berasas kepada kecakupan keperluan (needs), keinginan atau kehendak (wants) serta permintaan (demands). Kepentingan unit kompetensi ini dipengaruhi oleh kemahiran memenuhi kepentingan individu seperti utiliti, keperluan dan kehendak pengguna yang memberikan kehidupan yang lebih baik, memperbanyakkan pilihan produk di pasaran dan memperbanyakkan peluang pekerjaan. Personal yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk kenalpasti keperluan pemasaran, bincang konsep dan strategi pemasaran, jalankan soal selidik pemasaran, dan bentang cadangan pemasaran produk. |
Tempoh Latihan | 110 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensiini adalah adalah keupayaan menghurai konsep dan strategi pemasaran karya, produk dan perkhidmatan Seni Khat bagi meningkatkan kapasiti dan kuantiti jualan mengikut akta dan peraturan pemasaran yang ditetapkan. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Kenalpasti keperluan pemasaran. 2. Bincang konsep dan strategi pemasaran. 3. Jalankan soal selidik pemasaran. 4. Bentang cadangan pemasaran produk. |
Pra-Syarat | Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang Pengkaryaan Seni Khat Tahap 2 atau Sijil/Diploma dalam bidang Seni Visual atau bidang lain yang berkaitan. Calon perlu mempunyai asas yang baik dalam penulisan Jawi serta pembacaan dan pemahaman al-Quran. |