Job Description (JD)
Nama Program | Penyeliaan Pengkaryaan Seni Khat [R900-005-3:2019] |
---|---|
Kod CU | R900-3:2018-C07 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGELOLAAN PROGRAM LATIHAN SENI KHAT |
Penerangan CU | Pengelolaan Program Latihan Seni Khat menerangkan kompetensi melaksanakan program latihan dan pendidikan Seni Khat yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan minat penggiat-penggiat industri Seni Khat dan generasi muda. Personal yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk kenalpasti keperluan program latihan, laksana program latihan, jalankan soal selidik keberkesanan program latihan, dan sedia laporan keberkesanan program latihan. Hasrat dan hasil yang dicapai melalui unit kompetensi ini adalah keupayaan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sistem penyampaian perkhidmatan bidang Seni Khat yang berkualiti. Seterusnya, meningkatkan kecekapan prestasi dan produktiviti personal, organisasi atau syarikat yang terlibat mengikut standard prosedur yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 110 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensiini adalah keupayaan meningkatkan pengetahuandan kemahiran sistem penyampaian perkhidmatan bidang Seni Khat yang berkualiti. Seterusnya, meningkatkan kecekapan prestasi dan produktiviti personal, organisasi atau syarikat yang terlibat mengikut standard prosedur yang ditetapkan. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Kenalpasti keperluan program latihan. 2. Laksana program latihan. 3. Jalankan soal selidik keberkesanan program latihan. 4. Sediakan laporan keberkesanan program latihan. |
Pra-Syarat | Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang Pengkaryaan Seni Khat Tahap 2 atau Sijil/Diploma dalam bidang Seni Visual atau bidang lain yang berkaitan. Calon perlu mempunyai asas yang baik dalam penulisan Jawi serta pembacaan dan pemahaman al-Quran |