JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenyeliaan Operasi Pengilangan Padi [C106-001-3:2016]
Kod CUC106-001-3:2016-01
CompetencyCore
Tajuk CUPEMUTUAN PADI
Penerangan CUPemutuan perlu
dilakukan ke atas padi
yang diterima / beli
dari petani adalah
untuk membuat
pembayaran harga
padi hanya kepada
berat padi sahaja
bukan kepada berat
padi bercampur
kekotoran / hampa /
jerami / biji muda.
Kaedah kerja untuk
menentukan kualiti
atau mutu padi yang
di beli / terima
memenuhi kehendak
berikut; kering (wap basah tidak melebihi
14%), bersih, cukup
matang dan
berkeadaan baik
(tidak rosak).
Pemutuan juga perlu
dilakukan kerana
ianya memberi kesan
secara langsung
terhadap kualiti beras
yang dihasilkan.
Kualiti padi yang baik
akan menghasilkan
kadar perolehan beras
yang tinggi dan dapat
menghasilkan kualiti
beras yang bermutu.
Pemutuan juga perlu
bagi kilang untuk
mengasingkan padi
yang berkualiti
dengan yang kurang
berkualiti contohnya
pengasingan padi
mengikut julat wap
basah <25% & >25%
untuk mengurangkan
masa pengeringan
serta mengurangkan
kos pengeringan padi. Mereka yang
kompeten dalam
kompetensi pemutuan
sebenar padi mesti
boleh terima sampel
padi basah, timbang
sampel padi basah, uji
kelembapan padi
(wap basah), asing
padi rosak, padi
muda, hampa dan
kekotoran, rekod
maklumat dokumen
pemutuan sebenar
padi dan simpan
sampel padi.
Hasil dari kemahiran
ini mereka yang
kompeten dapat
mengeluarkan dan
memasarkan padi
yang berkualiti dalam
pasaran dan
memajukan industri
padi di Malaysia pada
masa akan datang.
Tempoh Latihan384
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh mengeluarkan dan memasarkan padi
yang berkualiti dalam pasaran dan memajukan industri padi di Malaysia pada masa akan datang.
Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
1. Terima sampel hantaran padi basah
2. Timbang sampel kerja padi basah
3. Tentukan purata wap basah padi
4. Jalankan penganalisaan pemutuan padi
5. Rekod maklumat dokumen pemutuan padi
6. Simpan sampel padi
Pra-Syarat0