Job Description (JD)
Nama Program | Penyeliaan Operasi Pengilangan Padi [C106-001-3:2016] |
---|---|
Kod CU | C106-001-3:2016-05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | FUNGSI PENTADBIRAN |
Penerangan CU | Fungsi pentadbiran ialah satu aktiviti menyelia kakitangan bawahan secara teratur supaya mereka dapat bekerja dengan cekap dan bermotivasi bagi membantu majikan / pengusaha mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Mereka yang kompeten dalam kompetensi fungsi pentadbiran mesti boleh kawal displin pekerja, dapatkan maklumat dan borang berkaitan pentadbiran pengilangan padi, koordinasi penilaian prestasi kakitangan, laksanakan latihan dalaman, laksanakan mesyuarat unit dan laporkan aktiviti pentadbiran pengilangan padi. Hasil dari kemahiran ini mereka yang kompeten dapat mengetuai dan mengendalikan kakitangan bawahan bagi membantu syarikat mencapai matlamat organisasi |
Tempoh Latihan | 24 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh mengetuai dan mengendalikan kakitangan bawahan bagi membantu syarikat mencapai matlamat organisasi. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- 1. Kawal disiplin pekerja 2. Koordinasi penilaian prestasi kakitangan 3. Laksanakan latihan dalaman 4. Kawalan inventori dan penyimpanan peralatan |
Pra-Syarat | 0 |