Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI PENGELUARAN BENIH IKAN MARIN [A032-004-3:2019] |
---|---|
Kod CU | A032-004-3:2019-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENYEDIAAN FASILITI HATCERI |
Penerangan CU | Penyediaan Fasiliti Hatceri adalah salah satu kompetensi yang diperlukan untuk bidang kerja ternakan akuakultur. Kompetensi ini melibatkan kerja-kerja pemasangan sistem tangki sehinggalah kerja ujilari untuk memastikan sistem hatceri berfungsi sepenuhnya. Calon yang kompeten akan berupaya untuk memasang sistem tangki hatceri, melakukan kerja pembersihan dan sanitasi, mengisi air tangki hatceri, membuat ujilari sistem tangki hatceri dan merekod penyediaan fasiliti hatceri. Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menyediakan pekerja kemahiran yang tinggi dalam kerja penyediaan fasiliti hatceri untuk memastikan sistem tangki hatceri dapat berfungsi dengan sempurna. |
Tempoh Latihan | 50 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah untuk menyediakan pekerja kemahiran yang tinggi dalam kerja penyediaan fasiliti hatceri untuk memastikan sistem tangki hatceri dapat berfungsi dengan sempurna. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Pasang sistem tangki hatceri. 2. Lakukan kerja pembersihan dan sanitasi. 3. Isi air tangki hatceri. 4. Buat ujilari sistem tangki hatceri. 5. Rekod penyediaan fasiliti hatceri. |
Pra-Syarat | Tiada |