Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI PENGELUARAN BENIH IKAN MARIN [A032-004-3:2019] |
---|---|
Kod CU | A032-004-3:2019-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGHASILAN MAKANAN HATCERI |
Penerangan CU | Penghasilan Makanan Hatceri adalah salah satu kompetensi yang diperlukan untuk bidang kerja ternakan akuakultur. Kompetensi ini melibatkan kerja-kerja penyediaan makanan hidup dan makanan formulasi untuk benih ikan. Calon yang kompeten akan berupaya untuk menternak fitoplankton, zooplankton, menetaskan artemia, menyedia makanan induk, makanan rega/benih dan merekod kerja penyediaan makanan hatceri. Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menyediakan pekerja kemahiran yang tinggi dalam kerja penyediaan makanan hidup dan makanan formulasi untuk benih. |
Tempoh Latihan | 540 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah untuk menyediakan pekerja kemahiran yang tinggi dalam kerja penyediaan makanan hidup dan makanan formulasi untuk benih. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Ternak fitoplankton. 2. Ternak zooplankton. 3. Tetas artemia. 4. Sedia makanan induk. 5. Sedia makanan rega/ benih. 6. Rekod kerja penyediaan makanan hatceri. |
Pra-Syarat | Tiada |