JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGAJARAN TAHFIZ [P854-002-5:2017]
Kod CUP854-002-5:2017-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPelaksanaan Pengajaran Tahfiz Juzuk 27 - 29
Penerangan CUPelaksanaan Pengajaran Tahfiz menerangkan kompetensi dalam keperluan untuk mengajar hafazan al-Quran juzuk 27 hingga 29 di samping menolong menyediakan jadual waktu pembelajaran, bahan-bahan pengajaran dan penilaian

Individu yang kompeten dalam CU ini mesti boleh mengajar talaqqi dan musyafahah al-Quran juzuk 27 hingga 29, mengajar tasmik dan menulis hafazan juzuk 27, mengajar tasmik dan menulis hafazan juzuk 28, mengajar tasmik dan menulis hafazan juzuk 29

Hasil daripada CU ini akan melahirkan individu yang kompeten dalam mengajar talaqqi dan musyafahah serta pengajaran tahfiz al-Quran menggunakan mushaf Rasm Uthmani mengikut Riwayat Hafs daripada Imam ‘Asim mengikut Toriq al-Syatibiyyah.
Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranHasil daripada CU ini akan melahirkan individu yang kompeten dalam mengajar tahfiz al-Quran. Selepas menyempurnakan unit kompetensi ini, pelatih akan boleh:-
1. Mengajar talaqqi dan musyafahah al-Quran juzuk 27 - 29
2. Mengajar tasmik dan menulis hafazan juzuk 27
3. Mengajar tasmik dan menulis hafazan juzuk 28
4. Mengajar tasmik dan menulis hafazan juzuk 29
Pra-Syarat0