JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Pengeluaran Makanan [C107-002-5:2017]
Kod CUC107-002-5:2017-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PRODUK MAKANAN
Penerangan CUSeseorang yang kompetem dalam CU ini, boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menghasilkan produk makanan yang bermutu, berkualiti, berdaya saing dan maju dengan sentiasa bersedia kepada permintaan pelanggan dan mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
1. Uruskan aktiviti innovasi
2. Kenalpasti keperluan penyelidikan dan pembangunan produk makanan
3. Uruskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan produk makanan
4. Uruskan demo projek
5. Daftar hak cipta terpelihara
Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranPenyelidikan dan pembangunan produk makanan merupakan aktiviti sepanjang masa bagi penambahbaikkan atau pengeluaran produk makanan yang baru. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan ini akan menjadikan pengeluaran makanan ini sentiasa mendapatkan teknologi baru sambil membuat innovasi kepada aktiviti hariannya bagi memastikan perniagaan ini sentiasa berdaya maju.

Mereka yang berketrampilan dalam penyelidikan dan pembangunan produk makanan mesti boleh kenalpasti keperluan penyelidikan dan pembangunan produk makanan, uruskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan produk makanan, uruskan aktiviti innovasi, uruskan demo projek dan daftar hak cipta terpelihara

Hasil dari keterampilan ini adalah dapat menghasilkan produk makanan yang bermutu, berkualiti, berdaya saing dan maju dengan sentiasa bersedia kepada permintaan pelanggan dan mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.
Pra-Syarat-