Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Keris & Parang [SS-203-3:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-203-3:2012-E02 |
Competency | Elektif |
Tajuk CU | PEMBUATAN PERALATAN KETUKANGAN KERIS & PARANG |
Penerangan CU | Kebanyakan peralatan dalam pembuatan keris & parang sukar di perolehi di pasaran. Oleh yang demikian, tukang terpaksa membuat pengubahsuaian atau menghasilkan sendiri peralatan pertukangan. Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan peralatan ketukangan keris & parang ini adalah; Kaji keperluan peralatan, sediakan bahan & peralatan, hasilkan pengepit, hasilkan pengilas, ubahsuai kepala tukul, hasilkan dapur, ubahsuai ekor buaya, ubahsuai pahat, ubahsuai mata gerudi dan hasilkan pisau ukir halus. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan dan mengubahsuai peralatan pembuatan keris & parang yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk. Peralatan yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pengguna dan mengikuti amalan pembuatan peralatan yang baik. |
Tempoh Latihan | 192 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan peralatan ketukangan keris & parang yang memenuhi kepuasan pengguna dan mengikuti amalan pembuatan peralatan ketukangan keris & parang yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- Kaji keperluan peralatan Sediakan bahan & peralatan Hasilkan pengepit Hasilkan pengilas Ubahsuai kepala tukul Hasilkan dapur Ubahsuai ekor buaya Ubahsuai pahat Ubahsuai mata gerudi Hasilkan pisau ukir halus |
Pra-Syarat | 0 |