Job Description (JD)
Nama Program | PENGENDALIAN LEMBU TENUSU [A014-005-3:2019] |
---|---|
Kod CU | A014-005-3:2019-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENJAGAAN LEMBU TENUSU |
Penerangan CU | Penjagaan Lembu Tenusu adalah satu kompetensi mengenai proses menjaga lembu-lembu tenusu daripada awal kelahiran atau ketibaan (lembu import) sehingga singkiran. Seseorang yang terlibat di dalam unit kompetensi ini mesti berkemahiran untuk kendali ketibaan lembu tenusu, kendali induk bunting berat, kendali proses kelahiran dan urus anak lembu hingga dewasa. Hasil daripada kompetensi ini adalah untuk menyediakan personel yang boleh mengendalikan proses penjagaan lembu tenusu menggunakan kaedah yang betul berdasarkan Amalan Penternakan Baik (GAHP) supaya kebajikan lembu tenusu terjaga. |
Tempoh Latihan | 340 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah untuk menyediakan personel yang boleh mengendalikan proses penjagaan lembu tenusu menggunakan kaedah yang betul berdasarkan Amalan Penternakan Baik (GAHP) supaya kebajikan lembu tenusu terjaga. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Kendali ketibaan lembu tenusu. 2. Kendali induk bunting berat. 3. Kendali proses kelahiran. 4. Urus anak lembu hingga dewasa. |
Pra-Syarat | 0 |