JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGENDALIAN LEMBU TENUSU [A014-005-3:2019]
Kod CUA014-005-3:2019-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN PROGRAM PEMBIAKAN LEMBU TENUSU
Penerangan CUPengendalian Program Pembiakan Lembu Tenusu adalah satu kompetensi mengenai kerja membantu lembu tenusu membiak dengan lebih cepat samada secara semulajadi atau secara permanian beradas dan juga termasuk kerja-kerja pemeriksaan kebuntingan dan kesuburan lembu tenusu.

Seseorang yang terlibat di dalam unit kompetensi ini mesti berkemahiran untuk lakukan kerja mengesan biang, jalankan kerja pembiakan, jalankan pemeriksaan kebuntingan lembu tenusu, jalankan kerja pengurusan kesuburan lembu betina dan jalankan ujian daya biak pejantan.

Hasil daripada kompetensi ini adalah untuk menghasilkan personel yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam urusan program pembiakan lembu tenusu dengan menggunakan kaedah dan peralatan bantuan pembiakan yang betul.
Tempoh Latihan350
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah untuk menghasilkan personel yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam urusan program pembiakan lembu tenusu dengan menggunakan kaedah dan peralatan bantuan pembiakan yang betul.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Lakukan kerja mengesan biang.
2. Jalankan kerja pembiakan.
3. Jalankan pemeriksaan kebuntingan lembu tenusu.
4. Jalankan kerja pengurusan kesuburan lembu betina.
5. Jalankan ujian daya biak pejantan.
Pra-Syarat0