Job Description (JD)
Nama Program | PENGENDALIAN LEMBU TENUSU [A014-005-3:2019] |
---|---|
Kod CU | A014-005-3:2019-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGENDALIAN KAWASAN PASTURA DAN FODER |
Penerangan CU | Pengendalian Kawasan Pastura Dan Foder adalah satu kompetensi mengenai kerja menanam, menyelenggara dan menuai pastura dan foder dan dijadikan silaj. Tempoh yang sesuai untuk menuai pastura dan foder adalah selama 45-60 hari Seseorang yang terlibat di dalam unit kompetensi ini mesti berkemahiran untuk lakukan kerja penanaman pastura dan foder, selenggara kawasan pastura dan foder, tuai foder, jalankan kerja pengurusan pastura dan hasilkan silaj. Hasil daripada kompetensi ini adalah untuk menghasilkan personel yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam kerja pengendalian pastura dan foder dengan memastikan penjagaan kualiti, memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi serta memastikan penjimatan kos untuk menjamin keterusan bekalan makanan. |
Tempoh Latihan | 210 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah untuk menghasilkan personel yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam kerja pengendalian pastura dan foder dengan memastikan penjagaan kualiti, memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi serta memastikan penjimatan kos untuk menjamin keterusan bekalan makanan. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Lakukan kerja penanaman pastura dan foder. 2. Selenggara kawasan pastura dan foder. 3. Tuai foder. 4. Jalankan kerja pengurusan pastura. 5. Hasilkan silaj. |
Pra-Syarat | 0 |