Job Description (JD)
Nama Program | PENGENDALIAN LEMBU TENUSU [A014-005-3:2019] |
---|---|
Kod CU | A014-005-3:2019-C07 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGENDALIAN PENGELUARAN SUSU |
Penerangan CU | Pengendalian Pengeluaran Susu adalah satu kompetensi mengenai kerja pengeluaran susu lembu tenusu, kerja pengujian susu supaya ianya selamat diminum, kerja penyimpanan susu dan teknik bagaimana untuk memberhentikan pengeluaran susu. Seseorang yang terlibat di dalam unit kompetensi ini mesti berkemahiran untuk lakukan kerja pemerahan susu, lakukan ujian platform susu, lakukan kerja penyimpanan susu mentah dan lakukan kerja pemberhentian pengeluaran susu. Hasil daripada kompetensi ini adalah untuk menghasilkan personel yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam kerja pengeluaran susu ruminan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan lembu tenusu dan penjagaan kualiti susu serta mematuhi Akta makanan 1983. |
Tempoh Latihan | 220 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah adalah untuk menghasilkan personel yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam kerja pengeluaran susu ruminan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan lembu tenusu dan penjagaan kualiti susu serta mematuhi Akta makanan 1983. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Lakukan kerja pemerahan susu. 2. Lakukan ujian platform susu. 3. Lakukan kerja penyimpanan susu mentah. 4. Lakukan kerja pemberhentian pengeluaran susu. |
Pra-Syarat | 0 |