JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGENDALIAN LEMBU TENUSU [A014-005-3:2019]
Kod CUA014-005-3:2019-C09
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN PROGRAM KESIHATAN LEMBU TENUSU
Penerangan CUPengendalian Program Kesihatan Lembu Tenusu adalah satu kompetensi mengenai kerja penjagaan kesihatan lembu tenusu seperti pencegahan penyakit, kawalan vektor, pemeriksaan kesihatan, rawatan dan sebagainya untuk memastikan tahap kesihatan lembu tenusu terjamin.

Seseorang yang terlibat di dalam unit kompetensi ini mesti berkemahiran untuk jalankan program pencegahan dan kawalan penyakit, jalankan kawalan vektor bawaan penyakit, jalankan pemeriksaan fizikal dan klinikal, rawat luka kecil, bantu kerja bedah siasat dan lupus bangkai lembu tenusu.

Hasil daripada kompetensi ini adalah untuk memastikan lembu tenusu bebas dari sebarang penyakit dan boleh merawat luka kecil yang terdapat pada haiwan tersebut.
Tempoh Latihan210
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah adalah untuk memastikan lembu tenusu bebas dari sebarang penyakit dan boleh merawat luka kecil yang terdapat pada haiwan tersebut.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Jalankan program pencegahan dan kawalan penyakit.
2. Jalankan kawalan vektor bawaan penyakit.
3. Jalankan pemeriksaan fizikal dan klinikal.
4. Rawat luka kecil.
5. Bantu kerja bedah siasat.
6. Lupus bangkai lembu tenusu.
Pra-Syarat0