Job Description (JD)
Nama Program | PENGENDALIAN LEMBU TENUSU [A014-005-3:2019] |
---|---|
Kod CU | A014-005-3:2019-C11 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENYELIAAN OPERASI LADANG LEMBU TENUSU |
Penerangan CU | Penyeliaan Operasi Ladang Lembu Tenusu adalah satu kompetensi mengenai kerja-kerja menyelia dan memantau segala operasi harian ladang supaya operasi ladang dapat berjalan mengikut jadual operasi yang telah ditetapkan dan juga termasuk kerja-kerja memantau dan menyelia kakitangan ladang yang lain. Seseorang yang terlibat di dalam unit kompetensi ini mesti berkemahiran untuk jalankan pemantauan operasi harian ladang, selia kakitangan ladang dan sediakan laporan aktiviti penyeliaan ladang. Hasil daripada kompetensi ini adalah untuk menghasilkan personel yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam kerja menyelia dan memantau operasi dan kakitangan ladang dan dalam masa yang sama dapat membantu mengoptimumkan hasil pengeluaran ladang dengan jumlah sumber sedia ada. |
Tempoh Latihan | 110 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah adalah untuk menghasilkan personel yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam kerja menyelia dan memantau operasi dan kakitangan ladang dan dalam masa yang sama dapat membantu mengoptimumkan hasil pengeluaran ladang dengan jumlah sumber sedia ada. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Jalankan pemantauan operasi harian ladang. 2. Selia kakitangan ladang. 3. Sediakan laporan aktiviti penyeliaan ladang. |
Pra-Syarat | 0 |