Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI FLORIKULTUR [A011-001-2:2018] |
---|---|
Kod CU | A011-001-2:2018-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | OPERASI PENYELENGGARAAN TANAMAN ORNAMENTAL |
Penerangan CU | Operasi penyelenggaraan tanaman ornamental adalah suatu operasi menyelenggara tanaman ornamental yang mengambil kira setiap keperluan pertumbuhan tanaman bagi memastikan pertumbuhan yang sihat dan mencapai kualiti yang dikehendaki. Mereka yang berketrampilan dalam operasi penyelenggaraan tanaman ornamental mesti boleh jalankan aktivti penyiraman tanaman, jalankan aktiviti pembajaan tanaman, kawal perosak dan penyakit tanaman ornamental, lakukan pemangkasan tanaman ornamental, lakukan aktiviti mengawal rumpai dan bersihkan kawasan tapak semaian Hasil dari ketrampilan ini adalah proses penyelenggaraan tanaman ornamental dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan agartanaman tumbuh dengan sihat serta mencapai kualiti yang dikehendaki. |
Tempoh Latihan | 192 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensiini adalah dapat melaksanakan proses penyelenggaraan tanaman ornamental dengan sistematik dan berkesan agar tanaman tumbuh dengan sihat serta mencapai kualiti yang dikehendaki. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Jalankan aktiviti penyiraman tanaman 2. Jalankan aktiviti pembajaan tanaman 3. Kawal perosak dan penyakit tanaman ornamental 4. Lakukan pemangkasan tanaman ornamental 5. Lakukan aktiviti mengawal rumpai 6. Bersihkan kawasan tapak semaian |
Pra-Syarat | Tidak Berkaitan |