Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN TANAMAN NANAS [A012-001-4:2017] |
---|---|
Kod CU | A012-001-4:2017-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN PROGRAM LADANG |
Penerangan CU | Pengurusan program ladang adalah satu proses penyediaan jadual aktiviti ladang mengikut jenis aktiviti, junlah tenaga kerja dan keluasan kawasan ladang. Seseorang yang terlibat di dalam penyediaan kawasan tanaman nanas mesti berkemahiran untuk sediakan format rekod program ladang, rancang program ladang, rancang jadual penyelenggaraan, pantau kerja penyediaan tanah, pantau kerja penanaman, pantau kerja pembajaan, pantau kerja penghormonan, pantau kerja pengawalan rumpai, perosak dan penyakit, pantau kerja pengeluaran benih, pantau kerja pengeluaran buah (penuaian) dan buat laporan penilaian program ladang. Hasil daripada kompetensi ini adalah untuk menentukan jenis dan masa yang diperlukan untuk menyiapkan aktiviti-aktiviti ladang. |
Tempoh Latihan | 640 |
Objektif Pembelajaran | Hasil kecekapan unit ini adalah kebolehupayaan untuk menentukan jenis dan masa yang diperlukan untuk menyiapkan aktiviti-aktiviti ladang. Di penghujung unit ini, pelatih berupaya untuk :- • Sediakan format rekod program ladang • Rancang program ladang • Rancang jadual penyelenggaraan • Pantau kerja penyediaan tanah • Pantau kerja penanaman • Pantau kerja pembajaan • Pantau kerja penghormonan • Pantau kerja pengawalan rumpai, perosak dan penyakit • Pantau kerja pengeluaran benih • Pantau kerja pengurusan buah • Buat laporan penilaian program ladang |
Pra-Syarat | TIADA |