Job Description (JD)
Nama Program | KAWALAN OPERASI DAN TEKNIKAL LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-4:2017] |
---|---|
Kod CU | A014-002-4:2017-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGAWALSELIAAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN LADANG POLTRI/UNGGAS |
Penerangan CU | Pengawalseliaan Pembangunan Dan Penyenggaraan Ladang ialah aktiviti mengawal selia termasuk memantau penyediaan tapak ladang poltri/yang baharu dan membaik pulih/ menyelenggarakan ladang termasuk infrastruktur, jentera/mesin dan peralatan yang sedia ada. Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah memantau pembangunan ladang, menyelaraskan aktiviti penyenggaraan ladang , memantau pelaksanaan penyelenggaraan Mesin, Peralatan Dan Jentera/Kenderaan dan menyediakan laporan pemantauan Pembangunan Ladang mengikut SOP Ladang, Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi. Hasilan unit kompetensi ini ialah ladang poltri/unggas baharu yang lengkap, berstruktur , sistematik dan dapat beroperasi dengan lancar dibangunkan dan ladang sedia ada mampu beroperasi mengikut perancangan organisasi. |
Tempoh Latihan | 100 |
Objektif Pembelajaran | Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memastikan ladang poltri/unggas baharu yang lengkap, berstruktur , sistematik dan dapat beroperasi dengan lancar dibangunkan serta ladang sedia ada mampu beroperasi mengikut perancangan organisasi. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:- 1. Pantau Pembangunan Ladang 2. Selaraskan Aktiviti Penyenggaraan Ladang 3. Pantau Pelaksanaan Penyelenggaraan Mesin, Peralatan Dan Jentera/Kenderaan 4. Sediakan Laporan Pemantauan Pembangunan Ladang |
Pra-Syarat | TIADA |