Job Description (JD)
Nama Program | KAWALAN OPERASI DAN TEKNIKAL LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-4:2017] |
---|---|
Kod CU | A014-002-4:2017-C07 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENTADBIRAN OPERASI PENTERNAKAN POLTRI/UNGGAS |
Penerangan CU | Pentadbiran Operasi Penternakan Poltri/Unggas ialah aktiviti pentadbiran operasi ladang yang merangkumi penyediaan dokumentasi dan rekod operasi ladang, penyelarasan tenaga kerja dalam operasi, , menangani risiko di ladang. Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah menyediakan dokumen dan rekod operasi ladang Poltri/Unggas,menyelaraskan penggunaan tenaga kerja operasi, memantau prestasi pencapaian subordinat, menyelaraskan aktiviti inventori ladang dan melaksanakan program menangani risiko mengikut SOP Operasi Ladang, Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi. Hasilan unit kompetensi ini ialah pentadbiran operasi yang lancar, teratur dan membantu ladang memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang disasarkan pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 70 |
Objektif Pembelajaran | Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:- 1. Sediakan Dokumen Dan Rekod Operasi Ladang Poltri/Unggas 2. Selaraskan Penggunaan Tenaga Kerja Operasi 3. Pantau Prestasi Pencapaian Subordinat 4. Selaraskan Aktiviti Inventori Ladang 5. Laksanakan Program Menangani Risiko Ladang Poltri/Unggas |
Pra-Syarat | TIADA |