Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN VESEL PENANGKAPAN IKAN [A031-001-4:2017] |
---|---|
Kod CU | A031-001-4:2017-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PERANCANGAN PENGURUSAN OPERASI VESEL |
Penerangan CU | Perancangan pengurusan operasi vesel merupakan aktiviti yang penting sebelum memulakan pelayaran untuk memastikan operasi pelayaran dan operasi penangkapan ikan dapat berjalan dengan lancar dan selamat berdasarkan aktaakta dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Mereka yang berketrampilan dalam penyediaan perancangan pengurusan vesel mesti boleh memastikan kondisi vesel, merancang muatan vesel, memastikan kestabilan vesel, memastikan keperluan operasi penangkapan ikan, memastikankeperluan peralatan pelayaran dan memastikankeperluan peralatan keselamatan dan kecemasan Hasil dari keterampilan ini ialah dapat mewujudkan sebuah perancangan yang lengkap untuk memastikan operasi pelayaran dan operasi penangkapan ikan dapat berjalan dengan lancar dan selamat. |
Tempoh Latihan | 240 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada unit kompetensi ini ialah memastikan operasi pelayaran dan operasi penangkapan ikan dapat berjalan dengan lancar dan selamat semasa operasi penangkapan ikan dijalankan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:- 1. Pastikan kondisi vesel 2. Rancang muatan vesel 3. Pastikan kestabilan vesel 4. Pastikan keperluan operasi penangkapan ikan 5. Pastikan keperluan peralatan pelayaran / navigasi 6. Pastikan keperluan peralatan keselamatan dan kecemasan |
Pra-Syarat | 0 |