Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN VESEL PENANGKAPAN IKAN [A031-001-4:2017] |
---|---|
Kod CU | A031-001-4:2017-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PERANCANGAN PELAYARAN |
Penerangan CU | Perancangan pelayaran merupakan aktiviti penyediaan rancangan jadual pelayaran yang merangkumi kawasan operasi penangkapan ikan berdasarkan maklumat cuaca, air pasang surut, arah tiupan angin dan sebagainya. Mereka yang berketrampilan dalam penyediaan perancangan pelayaran boleh menentukan persediaan sebelum pelayaran, menentukan kawasan penangkapan ikan dan menyediakan jadual pelayaran. Hasil dari keterampilan ini pelatih dapat menyediakan jadual pelayaran untuk operasi penangkapan ikan yang baik dan bersistematik. |
Tempoh Latihan | 360 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada unit kompetensi ini ialah memastikan penyediaan jadual pelayaran untuk operasi penangkapan ikan yang baik dan bersistematik. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:- 1. Tentukan persediaan sebelum pelayaran 2. Tentukan kawasan penangkapan ikan 3. Sediakan jadual pelayaran |
Pra-Syarat | 0 |