Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN VESEL PENANGKAPAN IKAN [A031-001-4:2017] |
---|---|
Kod CU | A031-001-4:2017-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN OPERASI PENANGKAPAN IKAN |
Penerangan CU | Pengurusan operasi penangkapan ikan merupakan aktiviti bagi memastikan operasi penangkapan ikan dapat dijalankan dengan lancar mengikut kaedah dan teknik penangkapan yang betul. Mereka yang berketrampilan dalam pengurusan operasi penangkapan ikan mesti boleh memeriksa peralatan bantuan pelayaran, memeriksa keadaan enjin dan peralatan menangkap ikan, mengendali pergerakan vesel, menjalankan operasi penangkapan ikan untuk pukat jerut, menjalankan operasi penangkapan ikan untuk pukat tunda, menjalankan operasi penangkapan ikan untuk bubu, menjalankan operasi penangkapan ikan untuk rawai, menjalankan operasi penangkapan ikan untuk pukat hanyut dan menjalankan operasi penangkapan ikan untuk sauk ikan barat. Hasil dari keterampilan ini ialah pengurusan operasi penangkapan ikan dapat dijalankan dengan cekap dan teratur dan dapat mencapai sasaran hasil tangkapan. |
Tempoh Latihan | 240 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada unit kompetensi ini ialah memastikan pengurusan operasi penangkapan ikan dapat dijalankan dengan cekap dan teratur dan dapat mencapai sasaran hasil tangkapan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:- 1. Periksa peralatan bantuan pelayaran sebelum membuat pelayaran 2. Periksa keadaan enjin dan peralatan menangkap ikan sebelum membuat pelayaran 3. Kendali pergerakan vesel ke kawasan penangkapan ikan 4. Jalankan operasi penangkapan ikan untuk pukat jerut 5. Jalankan operasi penangkapan ikan untuk pukat tunda 6. Jalankan operasi penangkapan ikan untuk bubu 7. Jalankan operasi penangkapan ikan untuk rawai 8. Jalankan operasi penangkapan ikan untuk pukat hanyut 9. Jalankan operasi penangkapan ikan untuk sauk ikan barat |
Pra-Syarat | 0 |