Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN VESEL PENANGKAPAN IKAN [A031-001-4:2017] |
---|---|
Kod CU | A031-001-4:2017-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN KESELAMATAN DAN SEKURITI |
Penerangan CU | Pengurusan situasi keselamatan dan sekuriti merupakan aktiviti pengurusan tindakan yang dilakukan semasa berlakunya situasi kecemasan seperti kebakaran, pelanggaran, bencana alam dan sebagainya semasa operasi penangkapan ikan mengikut prosidur keselamatan yang telah ditetapkan. Mereka yang berketrampilan dalam pengurusan situasi kecemasan mesti boleh menganalisa situasi keselamatan dan sekuriti, mengatur tindakan kawalan dan melapor situasi kecemasan. Hasil dari keterampilan ini ialah dapat menguruskan situasi kecemasan yang berlaku semasa operasi penangkapan ikan dengan betul mengikut prosidur keselamatan yang telah ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 180 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada unit kompetensi ini ialah memastikan pengurusan situasi kecemasan yang berlaku semasa operasi penangkapan ikan diurus dengan betul mengikut prosidur keselamatan yang telah ditetapkan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:- 1. Analisa situasi keselamatan dan sekuriti 2. Atur tindakan kawalan dan pemantauan 3. Lapor situasi kecemasan |
Pra-Syarat | 0 |