Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI AKUAKULTUR MARIN [A032-002-2:2017] |
---|---|
Kod CU | A032-002-2:2017-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | KAWALAN KUALITI AIR TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN |
Penerangan CU | Kawalan kualiti air ternakan akuakultur marin menerangkan mengenai keterampilan dalam melakukan kerja mengawal kualiti air ternakan akuakultur marin supaya kualiti air sentiasa berada pada tahap yang optima dan ternakan dapat hidup di dalamnya tanpa sebarang masalah. Personel yang terampil dalam unit keterampilan ini seharusnya boleh periksa sampel air tempat ternakan akuakultur marin, lakukan persediaan untuk tindakan pembetulan kualiti air, dan lakukan tindakan pembetulan kualiti air ternakan akuakultur marin. Hasil keterampilan ini adalah untuk memastikan kualiti air adalah menepati standard Kod Amalan Akuakultur bagi memastikan kelestarian ternakan. |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memastikan tapak ladang yang dipilih menepati standard Kod Amalan Akuakultur yang telah ditetapkan dan dapat dikendali tanpa sebarang masalah. Setelah menyelesaikan Unit Kompetensi ini, pelatih boleh:- 1. Periksa sampel air tempat ternakan akuakultur marin 2. Lakukan persediaan untuk tindakan pembetulan kualiti air 3. Lakukan tindakan pembetulan kualiti air ternakan akuakultur marin |
Pra-Syarat | 0 |