Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI AKUAKULTUR MARIN [A032-002-2:2017] |
---|---|
Kod CU | A032-002-2:2017-C07 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENYELENGGARAAN LADANG TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN |
Penerangan CU | Penyelenggaraan ladang ternakan akuakultur marin menerangkan mengenai keterampilan dalam melakukan kerja penyelenggaraan untuk memastikan peralatan dan infrastruktur ladang ternakan akuakultur marin sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi untuk digunakan. Personel yang terampil dalam unit keterampilan ini boleh lakukan persediaan penyelenggaraan ladang ternakan akuakultur marin, lakukan kerja senggaraan peralatan dan kelengkapan ladang ternakan akuakultur marin, dan lakukan kerja senggaraan infrastruktur ladang ternakan akuakultur marin. Hasil keterampilan ini adalah untuk memastikan peralatan dan infrastruktur ladang ternakan akuakultur marin sentiasa bersedia untuk beroperasi dengan lancar. |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memastikan tapak ladang yang dipilih menepati standard Kod Amalan Akuakultur yang telah ditetapkan dan dapat dikendali tanpa sebarang masalah. Setelah menyelesaikan Unit Kompetensi ini, pelatih boleh:- 1. Lakukan persediaan penyelenggaraan ladang ternakan akuakultur marin 2. Lakukan kerja penyelenggaraan peralatan dan kelengkapan ladang ternakan akuakultur marin 3. Lakukan kerja penyelenggaraan infrastruktur ladang ternakan akuakultur marin |
Pra-Syarat | 0 |