Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN TERNAKAN AKUAKULTUR AIR TAWAR [A032-001-5:2017] |
---|---|
Kod CU | A032-001-5:2017-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PERANCANGAN PERNIAGAAN PROJEK AKUAKULTUR |
Penerangan CU | Perancangan perniagaan projek akuakultur merupakan persediaan secara teliti dan terperinci pelan perniagaan sebuah projek ternakan akuakultur yang meliputi persediaan operasi, pentadbiran dan kewangan. Didalam pelan ini juga digambarkan unjuran jangkamasa pulang modal (ROI) dan adakah projek tersebut berdaya maju atau tidak. Mereka yang berketrampilan dalam perancangan perniagaan projek akuakultur mesti boleh tentukan jenis projek ternakan akuakultur, menilai cadangan projek ternakan akuakultur, sediakan rancangan perniagaan projek ternakan akuakultur dan bentang rancangan perniagaan projek ternakan akuakultur. Hasil dari ketrampilan ini sebuah pelan perniagaan yang teliti dan terperinci dapat dihasilkan untuk perancangan projek ternakan akuakultur air tawar yang mematuhi Amalan Pertanian Baik (MyGAP). |
Tempoh Latihan | 300 |
Objektif Pembelajaran | Personel yang telah trampil dalam perancangan perniagaan projek akuakultur berkebolehan menyediakan sebuah pelan perniagaan yang teliti dan terperinci untuk perancangan projek ternakan akuakultur air tawar yang mematuhi Amalan Pertanian Baik (MyGAP). Setelah menyempurnakan unit kompitensi ini, pelatih pelatih mesti boleh:- 1. Tentukan jenis projek ternakan akuakultur 2. Menilai cadangan projek ternakan akuakultur 3. Sediakan rancangan perniagaan projek ternakan akuakultur 4. Bentang rancangan perniagaan projek ternakan akuakultur |
Pra-Syarat | 0 |