Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI LADANG TERNAKAN AYAM KAMPUNG [A014-003-3:2018] |
---|---|
Kod CU | A014-003-3:2018-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBESARAN AYAM KAMPUNG |
Penerangan CU | Pembesaran anak ayam adalah kemahiran untuk memastikan proses pembesaran anak ayam mengikut piawaian, pemantauan kesihatan dan pengekalan keseragaman dari segi kematangan dan kesuburan gerompok secara sistematik dalam penternakan ayam dengan merujuk kepada Prosedur Pengendalian Standard (SOP) dan arahan pihak pengurusan. Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh rekod berat ayam secara berjadual, sediakan makanan ayam, lakukan pemindahan ayam baka, lakukan pemindahan ayam induk dan lakukan aktiviti penjualan ayam kampung. Hasil daripada unit kompetensi ini ialah anak ayam kampung berada dalam proses pembesaran yang mematuhi spesifikasi, kurang kadar kematian dan menjalani proses pembesaran mengikut SOP, akhirnya memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 320 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah untuk melahirkan seorang pekerja yang mahir dalam melakukan kerja - kerja pembesaran ayam kampung mengikut kehendak Pengendalian Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Rekod berat ayam secara berjadual 2. Sediakan makanan ayam 3. Lakukan pemindahan ayam baka 4. Lakukan pemindahan ayam induk 5. Lakukan penjualan ayam kampung |
Pra-Syarat | 0 |