Job Description (JD)
Nama Program | PENYELIAAN OPERASI AKUAKULTUR MARIN [A032-002-3:2017] |
---|---|
Kod CU | A032-002-3:2017-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENYELARASAN OPERASI AKUAKULTUR MARIN |
Penerangan CU | Penyelarasan Operasi Akuakultur Marin menerangkan keterampilan dalam memeriksa dan menentukan hasil kerja di ladang ternakan marin adalah menepati piawaiaan dan Kod Amalan Akuakultur. Personel yang terampil dalam unit keterampilan ini seharusnya boleh selia penyediaan tempat ternakan akuakultur marin, selia pelepasan benih ternakan akuakulur marin, selia kawalan kualiti air ternakan akuakultur marin, selia pemakanan ternakan akuakultur marin, selia penjagaan kesihatan ternakan akuakultur marin, selia penyelenggaraan ladang ternakan akuakultur marin, dan selia proses tuaian akuakultur marin. Hasil keterampilan ini adalah kebolehan untuk menyelaras kerja-kerja operasi akuakultur dan menangani isu-isu ketidakpatuhan supaya kualiti kerja dapat dipastikan memenuhi sasaran produktiviti organisasi atau syarikat. |
Tempoh Latihan | 300 |
Objektif Pembelajaran | Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk mengenalpasti dan mengatasi isu-isu ketidakpatuhan supaya kualiti kerja dapat dipastikan memenuhi sasaran produktiviti organisasi atau syarikat. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:- 1. Selia penyediaan tempat ternakan akuakultur marin 2. Selia pelepasan benih ternakan akuakulur marin 3. Selia kawalan kualiti air ternakan akuakultur marin 4. Selia pemakanan ternakan akuakultur marin 5. Selia penyelenggaraan ladang ternakan akuakultur marin 6. Selia proses tuaian akuakultur marin |
Pra-Syarat | TIADA |