Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN PERKAPALAN PENANGKAPAN IKAN [A031-001-5:2018] |
---|---|
Kod CU | A031-001-5:2018-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PERKAPALAN PENANGKAPAN IKAN |
Penerangan CU | Pengurusan Sumber Manusia Perkapalan Penangkapan Ikan merupakan satu proses penyediaan kakitangan pengurusan dan kakitangan sokongan yang teratur dan penyediaan tenaga kerja yang terlatih bagi membantu melancarkan gerak kerja sesebuah organisasi. Seseorang yang terlibat di dalam unit kompetensi ini mesti berkemahiran untuk merancang struktur organisasi, mengurus kebajikan pekerja dan melaksanakan penilaian prestasi pekerja. Hasil daripada keterampilan ini ialah untuk organisasi tersebut menyediakan struktur organisasi yang teratur dan merancang keperluan latihan untuk tenaga kerja. |
Tempoh Latihan | 60 |
Objektif Pembelajaran | Pengurusan Sumber Manusia Perkapalan Penangkapan Ikan Hasil unit kompetensi ini adalah untuk organisasi perikanan tangkapan tersebut menyediakan struktur organisasi yang teratur dan merancang keperluan latihan untuk tenaga kerja. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Rancang struktur organisasi 2. Urus kebajikan pekerja 3. Laksanakan penilaian prestasi pekerja |
Pra-Syarat | 0 |