Job Description (JD)
Nama Program | PENYELIAAN OPERASI PEMBALAKAN (PENEBANGAN & PENARIKAN KAYU) [A022-003-3:2017] |
---|---|
Kod CU | A022-003-3:2017-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENYEMAKAN PENGUKURAN TANAH DAN PEMETAAN |
Penerangan CU | Penyemakan pengukuran tanah dan pemetaan merupakan skop kerja bagi menanda kedudukan sebenar di lapangan seperti yang tertera di pelan-pelan Rancangan Mengusaha hasil Hutan (RMH). Kompetensi ini menerangkan kaedah mentakrif kandungan dalam RMH dan menjalankan kerja-kerja penyemakan menanda dilapangan kawasan usaha hasil Calon yang kompeten akan mentafsir pelan-pelan didalam Rancangan Mengusaha hasil Hutan (RMH), menyemak pengukuran dan penandaan di lapangan dan menyediakan laporan hasil penyemakan penandaan dilapangan. Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk pentakrifan RMH dan menyemak penandaan di kawasan usaha hasil bagi panduan untuk kerja-kerja penebangan dan pengawalan pokok balak |
Tempoh Latihan | 80 |
Objektif Pembelajaran | Penyemakan pengukuran tanah dan pemetaan adalah kemahiran untuk melakukan kerja-kerja menyemak dan mengesahkan kerja-kerja pengukuran dan pemetaan yang ada dilapangan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:- • Mentakrif pelan-pelan didalam Rancangan Mengusaha hasil Hutan (RMH) • Menyemak pengukuran dan penandaan di lapangan • Menyediakan laporan hasil penyemakan penandaan dilapangan |
Pra-Syarat | 0 |