Job Description (JD)
Nama Program | PENYELIAAN OPERASI FLORIKULTUR [A011-001-3:2018] |
---|---|
Kod CU | A011-001-3:2018-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | OPERASI PENYUSUNAN NURSERI (PLOT) |
Penerangan CU | Operasi penyusunan nurseri merupakan operasi yang melaksanakan proses penyusunan tanaman ornamental yang berkesan dalam nurseri. Operasi ini penting bagi tujuan penggunaan ruang dengan berkesan, strategi perniagaan dan keperluan pertumbuhan tanaman ornamental. Mereka yang berketrampilan dalam operasi penyusunan nurseri mesti boleh untuk kenalpasti keperluan dalam penyusunan nurseri, laksanakan penyusunan nurseri dan rekod hasil penyusunan nurseri. Hasil dari ketrampilan ini adalah operasi penyusunan nurseri dapat dilaksanakan dengan teknik dan kaedah yang berkesan untuk memastikan pengurusan nurseri yang sistematik. |
Tempoh Latihan | 144 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah dapat melaksanakan operasi penyusunan nurseri dengan teknik dan kaedah yang berkesan untuk memastikan pengurusan nurseri yang sistematik. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Kenalpasti keperluan dalam penyusunan nurseri 2. Laksanakan penyusunan nurseri 3. Rekod hasil penyusunan nurseri |
Pra-Syarat | 0 |